Tuesday, March 22, 2011

-tinta buat bakal suamiku yang aku rindui-

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t

kehadapan kebelakang ke kiri dan ke kanan suami tercinta...sy harap abg ta marah la yer...bukan ape..kalau tidak bergurau 2 tiada keindahan di dunia yang fana ini..abg...sebenarnya abg ade di mana?
puas sudah sy mencari..kadang kala putus asa di tengah jalan..walaupun kadang-kadang tu rasa oh sudah betul pilihanku ini abg...tapi nyatanya aku tersilap langkah lagi..menyayangi orang lain yang bukan milikku...

abg..seandainya sy dapat bertemu dgn abg..mesty sy marahkan abg kerna bersembunyi lama-lama...penat sy mencari abg...tp selagi Allah tak izinkan kita bertemu depan mata pun sy tak perasan kan?abg..sebenarnya hati ini rindu padamu...kadang kala tertnya-tnya jua, bagaimanakah rupamu, indah x akhlakmu..bolehkah kau menjadi imam di rumah kita nanti.. 

macam-macam yang sy bayangkan mengenaimu..wah,tidak sabar kah rasanya..tidak juga tapi hati kadang-kala ingin juga dihiasi dengan perasaan cinta dan kasih mu ,abg...abg..kadang kala diri ini rasa sgt2 sunyi tanpa dirimu..tp tertnya jua sy bila kita bertemu nnty apekah perasaan ini sama seperti ini..

abg...seandainya sy tidak dapt bertemu denganmu di dunia ini , sy akan menanti abg disana...abg...
setelah beristikharah, sy nampak bayangan wajahmu..adakah benar abg milik sy?? atau hanyalah igauan di dalam mimpi...takot juga diri sy andai tersalah pilihan lagi...bukan setakat takut menanggung kekecewaan tetapi takut yang teramat sgt untuk dilukai lagi...sudah berapa kali hati ini tewas dalam perasaan menggunung terhadap insan yang bergelar lelaki..

mungkinkah insan yang bergelar lelaki ini hanya mempermainkan perasaan kaum hawa? yang lemah dan memerlukan bantuan di setiap perkara di dunia ini...abg...tidakkah kaummu sedar bahwa kami dijadikan dari tulang rusukmu sendiri , kenapa harus memperlekehkan kejadian kami di dunia ini...apakah wanita tiada hak untuk berusaha..kenapa kaummu selalu menidakkan keupayaan wanita hanya kerna kami kaum yang lemah???

jika kami salah kenapa tidak kami diberi tunjuk ajar untuk memperbaiki kesilapan kami..abg,terlalu ramai kaummu yang merosakkan kaum hawa yang lemah ini...bukankah sepatutnya adam melindungi hawa , bukankah hawa tercipta dari dirimu sendiri??tidakkah kau dan kaummu merasa malu abg???
melafazkan cinta ,meragut kesucian hawa tanpa belas kasihan??tidakkah kau tidak menyayangi tulang rusukmu sendiri..

abg...ketahuilah bahwa sy dan wanita-wanita yang lain amat lemah apabila jatuh cinta??sukar sekali abg..apabila jatuh cinta ini..terseksa dari segalanya..apabila menjalinkan perasaan cinta itu, biasanya kaumku akan memberikan segalanya buat kaummu.kerana bagi kami kamulah segalanya.oleh sebab itu abg, sy memohon untuk dipertemukan segera denganmu.. sy takut diri ini kecundang lagi.
cinta ini dimiliki oleh orang yang salah lagi..sy tidak mahu mengotorkan perasaan ini lagi abg..

sy sgt2 rindu padamu abg..setiap malam..setiap detik ..bahkan setiap nafas ku..aku berusaha untuk hanya mencintaimu...walaupun dirimu tidak kunjung tiba jua...abg...apakah benar kata hatiku bahawa si dia adalah dirimu??aku sebenarnya masih meragui akan semua ini...walaupun ianya hadir saatku istikharah..walaupun ianya hadir di setiap bisikan doaku..ianya hadir bagaikan petunjuk...kerana itu aku menjauhkan diriku dari dia..kerana aku takut, aku sgt2 takut akan bicara kasih ini ..

hanya Allah yang mengetahui rahsia jodoh kita abg, abg...diriku sendri masih belum bersedia untuk menjadi sayap kiri dan tulang rusukmu yang melengkapkan dirimu tetapi sy berusaha untuk menjdi yang terbaik buat dirimu...mungkinkah dirimu mendambakan insan yang sederhana sifatnya, dengan kelembutan diri seorang suri..yang tahu berdikari tanpa mengharapkan orang lain yang mampu menjaga rahsia rumahtangga kita kelak...apakah dirimu hanya mengharapkan tawa ceriaku menghiasi rumah tangga kita tanpa linangan air mata kelemahan diriku??diri yang sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang...??
mngkinkah dirimu tidak suka diri ini bergaul dengan insan yang bergelar lelaki itu? abg..ketahuilah.. aku ini hawa yang lemah dan memerlukanmu untuk menjaga diriku kelak.sepertimu yang mempunyai ciri-ciri isteri idamanmu aku jua memiliki ciri-ciri suami idamanku..aku tidaklah meminta dirimu dari golongan yang berharta cukuplah dirimu bersederhana dalam segala hal...kerana diriku bukanlah seseorang yang mendambakan sesuatu yang tidak mampu kau berikan.. 

aku cuma inginkan insan yang mampu menjadi imam ketikaku solat, menjadi bapa yang baik untuk anak-anak kita kelak..yang bisa menjadi pembimbingku untuk ke syurga kelak.. yang bisa menemani aku dihari-hari tua kelak, yang bisa memberikan aku kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..
 yang bisa mencintai aku dengan setulus kasihmu, yang bisa memberikan didikan agama buatku dan anak-anak kita kelak..


abg..walau dimanapun dirimu..izinkanlah sy menjadi sayap kirimu..walaupun diri ini serba kekurangan ,namun dengan didikan dan bimbinganmu insyaallah sy akan menjadi sayap kiri yang terbaik buatmu..pintaku agat abg bersabar dengan semua karenah sy yang bakal abg hadapi...ketahuilah bahwa diri ini sentiasa menanti kehadiranmu dan sentiasa mendoakanmu walau dimana dirimu berada..sy harap abg juga xlupa untuk mendoakan sy disini ...andai jodoh kita di dunia ini, sy berharap agar kita dapat bertemu secepatnya ..andai tidak di dunia ini sy nntykan abg disana...

akhir kata abg jagalah diri abg sebaik mungkin, seperti mana sy menjaga diri sy untuk abg..seprti mana abg seprti itulah juga sy nnti kerana sy adalah sebahagian dari diri abg sendiri. salam syg dri bakal isterimu.


No comments:

Post a Comment