Wednesday, May 23, 2012

Institusi Kekeluargaan

Assalamualaikum w.b.t

Akhir-akhir ini, sejak berusia 21 tahun ni, aku kerap memikirkan tentang alam perkahwinan. Bukan sebab aku dah gatal nak kahwin (nikah) tapi ketakutan mula melanda diri dek kerana melihatkan rumah tangga rakan-rakan yang kebanyakannya runtuh. Aku sebenarnya tidak pasti kenapa hal sebegini perlu berlaku.Adakah faktor berkahwin pada usia yang terlalu muda ataupun kurangnya ilmu alam perkahwinan yang terdapat pada remaja masa kini. Masa Bercinta semuanya indah,ibaratkan tiada kekurangan dalam diri masing-masing.

Patutlah orang berkata,zaman bercinta ni tak sama dengan berumah tangga. Makin hari aku mula menganilis punca keretakan rumah tangga. Faktor yang mungkin menjadi keretakan rumah tangga adalah kurangnya pengatahuan mengenai alam perkahwinan. Ada yang beranggapan bahawa perkahwinan adalah menghalalkan apa yang haram contohnya seks. Ya, Ianya benar dan tidak salah ,Namun adakah perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata? Adakah perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu dan bukan berlandaskan mencari ketenangan di dalam sebuah mahligai?

Pada pendapat aku, perkahwinan bukan setakat itu, malahan lebih kerana melalui perkahwinanlah kita dapat membina pembentukan ummah yang berjaya. Dari institusi keluarga yang bahagia akan melahirkan insan yang produktif dan proaktif. Disinilah bermulanya sebuah didikan. Pada aku, perkahwinan merupakan satu ilmu yang memerlukan pelajaran yang banyak. disini akan bermulanya pembelajaran mengenai kasih sayang, ketaatan, kesetiaan,kejujuran, dan didikan bekeluarga.

Aku percaya melalui perkahwinan , ibadah kepada Allah akan kian bertambah kerana kita akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam melayari sebuah kehidupan. Dalam usia 21 tahun, aku mula mencari erti menjadi seorang isteri dan bakal mencari sebuah erti menjadi ibu. Aku tahu bukan mudah untuk menggapai tahap keluarga bahagia. bahagia bukan terletak pada nilaian harta tapi kebijaksaan ketua keluarga membentuk keluarganya sama ada berasaskan islam atau tidak. Sebaiknya keluarga yang dibina berlandaskan agama dan dibajai dengan kasih sayang.

Islam menggariskan panduan dalam mencari jodoh dan ditegaskan mencari yang beragama supaya hidupnya supaya kebahagiaan akan dapat dikecapi. Hal ini kerana seseorang yang beragama akan mensyukuri nikmat kehidupan yang dilaluinya walaupun susah. Ini kerana rupa dan harta tidak akan kekal lama. Carilah yang berilmu supaya dapat mendidik anak-anak dengan baik.

Segalanya bermula dari niat. jika baik niat kita, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan olehNya.
"Innamal a'malubinniat" dan sesungguhnya Allah itu lebih tahu niat kita dari orang lain kerana perasaan yang hadir adalah sentuhan dari Allah yang bermula dari hati.


Apa pun yang kurangnya datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah...
Jazka'Allah khair ~

"berusaha membetulkan diri,kerana tiada yang sempurna di muka Bumi"

1 comment:

  1. insyaALLAH perkahwinan yg dibina kerana ALLAH sentiasa dipayungi redhaNYA :) lawatlah blog saye :)

    ReplyDelete