Thursday, June 7, 2012

secebis sinar part 2

Fardiya masih teragak-agak untuk mengangkat telefon bimbitnya..lalu dibiarkan sahaja deringan telefon itu mati sendirinya. Dalam mindanya masih mencongak-congak siapakah gerangannya yang menghubungi. Masih tergiang-giang ditelinganya lafaz janji yang pernah diluahkan oleh seorang lelaki yang pernah menjadi kecintaannya satu ketika dulu.




"Diya, Abang janji abang tak kan tinggalkan. Dia seorang je yang abang cinta. Tanpa Diya bagaimana abang dapat meneruskan hidup ini. " luah Farid pada satu petang ketika mereka keluar bersama. 


Farid seorang lelaki yang berperwatakan sederhana,tidaklah terlalu tampan, tapi manisnya mampu meruntunkan jiwa anak gadis. Lelaki yang dikenali hampir setahun itu pada pandangannnya amat sempurna kerana tingkah lakunya yang lembut . Boleh dikatakan pijak semut pun tidak mati. Namun semua itu hanya terzahir di pandangan mata, di belakang Faradiya, dia berhubungan dengan ramai gadis dan itulah punca keretakan hubungan mereka sehinggalah suatu hari Faradiya menemukan beberapa keping gambar gadis tanpa pakaian dalam telefon bimbit milik Farid. Betapa hancurnya hati Faradiya yang mengharapkan Farid menjadi teman hidupnya.


Faradiya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Sudah lama dia mengelamun rupanya. Dalam hatinya tetap mampu mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih menyayanginya dengan menunjukkan sikap Farid yang sebenar. Dan kerana kejadian itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali kepada penciptaNya. Rasanya inilah cinta yang paling agung. Sejak dia mendekatkan diri dengan kekasihNya yang satu itu jiwanya merasa damai. tidak lagi kelam seperti suatu  masa dahulu. 


Faradiya akhirnya mengambil keputusan untuk menghubungi semula nombor yang tertera di kaca telefonnya itu. Lama juga dia menanti dengan penuh debaran, akhirnya suara wanita berusia dalam lingkungan 30-an kedengaran.


"Assalamualaikum,Faradiya. Khaifahaluki ,antum?" sapa suara di talian.


"Waalaikummussalam, alhamdulillah, ana bil'khair..man anti", jawab Faradiya , acuh tidak acuh..


"Alahai Fara, ni akak lah, ingat lagi tak kak husna?", sungguh lembut suara gadis itu kedengaran di gegendang Faradiya.


" Oh, kak husna.. Ada apa akak? mana akak dapat nombor telefon Fara? sebab seingat Fara tak ada sesiapa yang ada nombor baru Fara ni kak.." soal Faradiya bertalu-talu, mungkin agak kurang senang di pendengaran husna.


" Begini Fara. Akak nak sampaikan hajat seorang mujahid yang ingin berkenalan dengan Fara. Kalau Fara tidak keberatan, akak akan aturkan perjumpaan dengan dia." luah husna.


" Maafkan Fara akak, bukan Fara tidak sudi, tapi Fara belum bersedia. Luka dihati Fara belum lagi terubat,", lemah sahaja jawapan yang diberikan oleh Fara kepada husna.


" Tapi sayang, apa salahnya mencuba. Dia juga minta laksana taaruf, andai kedua-dua belah pihak bersetuju, kita boleh teruskan.", Husna masih cuba memujuk. Terluka sangatkah hati Faradiya sehingga terlalu sukar untuk dia menyetujuinya. Pening memikirkan gelagat anak buah usrahnya itu. Mahu saja dia memuji mujahid itu dihadapan Faradiya, namun, tidak pula dia ingin berbuat begitu takut andainya Faradiya salah faham.


" Begini sahajalah kak, bagi masa untuk Fara fikirkan . Fara akan balik berbincang dengan keluarga. Fara tidak mahu tergesa-gesa dalam hal ni. Fara tidak mahu mengecewakan sesiapa. Andai dia jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk Fara, secara tidak langsung, rasa cinta itu akan tumbuh sendiri dalam hati ni kak." luah Faradiya akhirnya. Jawapan Faradiya itu mampu mengukirkan sebuah senyuman di bibir Husna.


"Baiklah Fara. Akak harap Fara tidak berubah fikiran. Akak akan tunggu panggilan atau sms dari Fara, Assalamualaikum", Fara menamatkan perbualan.


"Insyaallah kak, andai istikharah Fara menemukan jalanNya, Fara akan beritahu akak,Waalaikummussalam. "ringkas sahaja jawapan Faradiya.


Malam itu, hati Faradiya tidak tenteram. Sudah beberapa kali cuba dipejamkan matanya namun masih gagal. Panggilan telefon tadi sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Lantas dia ke bilik air, lalu berwudhu. Lega hatinya setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat. Dalam fikiran menerawang akhirnya dia tertidur di atas sejadah.


                                                                                                           bersambung.....................................

No comments:

Post a Comment