Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidurrasul~

Assalamualaikum..


Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1434 Hijrah pada 24 Januari 2013 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.
Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.
Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagaipembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.

 

Tuesday, January 22, 2013

Di kala itu...

Di kala senja itu..
Masih lagi aku terpaku..
Menanti panggilan kekasih tercinta..
Yang menggugat rasa kerinduan..
Yang menjelma di sudut tangkai hati..

Di kala malam menjelma lagi..
Kesunyian memecah gegendang asrama..
Membangkitkan kehangatan cinta lalu..
Yang masih mekar di suatu sudut hati ini..

Di suatu kala yang menghembuskan titisan embun..
Terpaku aku tatkala menerima khabar dari hujung rindu..
Menyesali suatu yang tak mungkin aku gapai lagi..
Saat indah tatkala burung-burung menari riang..
Hujan menerbitkan pelangi cinta..
Ya sungguh aku tak mampu..

Di kala suasana meriah..
Menggamit sanubari wajah-wajah insan tersayang..
Menyapa rindu di hujung talkin..
Membangkitkan aroma keinsafan..
Memanggil diri menginsafi sebuah pemergian..
Meneroka sudut hati yang masih meragui..

Di kala hujan membasahi bumi..
Menitis membasahi rongga-rongga tubuh..
Argh.. berjuta kekesalan aku luahkan..
Ya Allah, fasikkah hambamu..?
Mampukah diri ini menjadi hamba terbaik buatMU?..
Masih aku terlena dalam pangkuan nikmat duniawi..
MasyaAllah..jeritan membawa aku ke alam..
Yang menyedarkan aku akan sebuah dosa silam..
Menerbangkan Al-Fatihah buat yang dikasihi..

Alhamdulillah, masih aku diberi peluang..
Untuk mencari sinar hidayah..
Mengemis secebis pengampunan dari yang Maha Esa
Di kala arwah dipanggil menghadap ilahi..
Innalillah buatmu sabahat..


Monday, January 7, 2013

~Lelaki Itu~

Lelaki yang manis itu,
Seringkali disapa oleh wajah-wajah gadis,

Namun dia seringkali menunduk,malu..

Lelaki yang manis itu,
Seringkali diekori gadis-gadis,
Tingkahnya mempesonakan jiwa anak muda,
Langkahnya diatur rapi, 
Seakan bayang-bayang sang Dewa..



Lelaki yang manis itu,
Wajahnya seringkali dibasahi wudhu',
Bibirnya tidak henti-henti mengalunkan alunan merdu Al-Quran.
Tidak pernah dia leka dengan bisikan duniawi..

Lelaki yang manis itu,
Sandaran keluarga tercinta,
Mengharap dapat mengubah nasib keluarga,
Menggalas sebuah tanggungjawab,
Namun keikhlasan hatinya sangat mengujakan..





Lelaki yang manis itu,
Tekunnya dalam pelajaran,
Tegasnya dalam kepimpinan,

Ikhlasnya dalam persabahatan,
Jujurnya dalam pengucapan,
SubhanAllah, sempurnanya seorang muslim..

Lelaki yang manis itu,
Seringkali bermunajat memohon secebis keampunan,
Mengharap ihsan Ilahi,
Siangnya berbakti pada ikhwan dan ikhwah,
Malamnya bersujud di sejadah,
Menghampar sebuah kemanisan,
Yang menantinya hanyalah Syurga..

InsyaAllah...

Kesucian Cinta(Ayuh Dengarkan)


Wednesday, November 7, 2012

~Cerita menarik dari syabab musafir kasih~

p/s: artikel/kisah menarik mengenai doa diantara azan dan iqamah..mohon ambil pengajaran :)


Suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.

Anis: "Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!"

Farah: "Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Dia bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami."

Anis: "Tapi aku sayang dia dowh!"

Farah: "Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh."

Anis: "Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!"

Farah: "Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu."

Pang! Penampar hingga di muka Farah.

Anis: "Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)"

Farah: "Anis!"

Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.

Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.

Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.

Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak.
mahalnya harga cinta, cinta dihiasi dengan islam

Friday, September 28, 2012

#skandalisme#

Skandle...wah mcam best je ayat tu kan... yup! skandle biasenye terjadi diantara pasangan kekasih tak kurang dengan pasangan suami isteri... skandle ni terjadi apabila....

1) lelaki yang biasa dok dekat dgn awek, tiba2 je awek dy dok jaoh, xkire la sambung belaja ke kerja ke... sebab da biase hidup ade awek kat tepi, makan , minum, g kelas / kerja sekali, tup2 kne dok jauh, apelagi sunyi la idop...<mula cri skandle>

bila mesej awek : u, i love u.
awek dgn hati kono2nye riang pon balas: i love u 2..

tak tahu, kat belakang 

awek no.2: ling, jom kua p makan.
pkwe : dgn miangnye,<org mengantok disorongkan bantal> jomla yunk,boleh lpak2.

2)awek bila pakwe sibuk, hari2 kerja, study xhbes... yg biase blh mesej 24 jam, skrg sehari 2jam pon xsampai mesej.. last2...

skandle: awk, sy da lame la berkenan kt awk, selalu sy pandang awk, awk xpandang pon sy.
awek : yeke? sy xperasan pon.

skandle: yela, awk kan selalu je men sms dlam kelas, mane na perasan sy ni.
awek: eh, tadela, sy mesej ngn mak sy.
<ayat common si awek>

pkwe: syg, jom jumpe.
awek: xboleh la, i bz, kn u pon bz ngn kerja/study u.

::merajok,padahal kua ngn laki len...

3)husband/wife lak bila xdpt ape yg diorg na, mula gado2.. xsefahaman, mula cri lain, then mx cerai..

so, secara kesimpulannya, skandalisme ni terjdi sbb sifat xpuas hati, xsefahaman, xboleh na terima seadanya...sekian coretan mengarot di kala perot lapa tggu roomate blek kelas.

Monday, July 30, 2012

***Hidayah milik Allah***


Assalamualaikum w.b.t.


Sedar tak sedar rupanya dah sepuluh Ramadhan hari ni.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan solat terawih walaupun lepas beberapa hari berperang dengan nafsu sendiri. Lama dah tak menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih di masjid Desa Jaya ni. Almaklum dah 3 tahun sambut Ramadhan di tempat orang. Tersentuh rasa hati tengok anak-anak kecil pun ke masjid. Segan pula rasanya kita yang dah menjejak alam dewasa ni masih lagi di takuk lama. Tak kurang juga 2 , 3 orang yang zaman kecilnya terkenal dengan kenalannya sudah berubah. Teruja melihatnya. Benar kata kalamullah, hidayah tu akan tiba bila-bila masa cuma masa yang menentukannya, cepat atau lambat.


Hari ini, hati yang gelisah mula rasa tenang. Dalam separa sedar, akhirnya aku menitiskan jua air mata kesyukuran keranahati yang ku rasa kosong seakan terisi. Seakan terluah segala masalah walaupun tiada tempat mengadu. Sungguh , kembali ke jalanNya lebih nikmat, lebih tenang. Adakalanya kita terlalu bongkak dan angkuh dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Sejenak aku terfikir, apakah nikmat yang selama ini dikecapi itu adalah salah satu tanda kemurkaan Allah kerana asik melupakan kurnianNya.


Kadang-kala hati kecil ni berbicara untuk melakukan perubahan terhadap diri , mahu menjadi yang solehah bagi yang soleh, kerana mahu melahirkan generasi yang berilmu dan beriman. Namun, untuk melaksanakannya bukanlah mudah. Hidayah bukan untuk ditunggu, tapi untuk diminta. Aku masih ingat sewaktu dalam majlis agama, seorang ustaz pernah berkata, seandainya kita tak mampu untuk berubah, hati kita sudah terlalu keras, mohonlah dikurniakan sebuah hati yang baru agar kita mampu mendidik hati baru itu dengan sifat yang baru.


Mungkin fahaman kita yang dididik dengan "belum sampai hidayah" tu jadikan kita leka, tidak berusaha untuk menjadi yang baik. Terlalu leka dengan nikmat dunia dan akan tersedar dari kesalahan tersebut apabila kita ditimpa musibah. Dengan fahaman yang kurang, dengan diri yang malas untuk menuntut ilmu, akan lahirkan diri yang leka dan akhirnya akan memusnahkan seorang muslimin atau seorang jiwa muslimah. Bahkan akan melarat ke generasi yang akan datang kerana baitul mua'llim yang dibina tidak berteraskan fahaman agama yang kejap.


Oleh yang demikian, sama-samalah kita mencari redha Allah dengan mencari hidayahNya, bukan menunggu hidayah tiba. Akankah punya masa untuk kita menanti hidayah sebelum Izrail datang menuntut janji kita sewaktu roh dihembuskan ke jasad.


Untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan. Jazkallah ~

Sunday, July 29, 2012

WANITA SEBAGAI INSAN MULIA

Islam datang, sementara kebanyakan manusia mengingkari kemanusiaan wanita dan sebahagian yang lain meragukannya. Ada pula yang mengakui akan kemanusiaannya, tetapi mereka menganggap wanita itu sebagai makhluk yang diciptakan semata-mata untuk melayani kaum lelaki.
    
Maka merupaka 'izzah dan kemuliaan Islam, kerana dia telah memuliakan wanita dan menegaskan kewujudan kemanusiannya serta kelayakannya untuk menerima taklif(tugas) dan tanggungjawab, pembalasan, dan berhak pula masuk syurga. Islam menghargai wanita sebagai manusia yang terhormat. Sebagaimana kaum lelaki, wanita juga mempunyai hak-hak kemanusiaan, kerana kedua-duanya berasal dari satu pohon dan kedua-duanya merupakan dua bersaudara yang dilahirkan oleh satu ayah(bapa) iaitu Adam dan satu ibu iaitu Hawa.


Kedua-duanya berasal dari satu keturunan dan sama dalam ciri kemanusiaannya secara umum. Kedua-duanya adalah sama dalam hal beban dan tanggungjawab dan akhirat kelak akan sama-sama menerima pembalasan. Demikian itu digambarkan oleh al-Quran:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak Dan bertaqwalah kepada Allah yngn dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (perihalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisa':1)