Wednesday, March 7, 2012

secebis sinar part 1

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan kasihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Tersentak gadis itu apabila dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya...terkerut-kerut muka si gadis kerana setahu dia nombor telefon barunya itu tiada siapa pun yang tahu melainkan keluarga dan sahabat-sahabat terdekat dengannya... terdetik di fikirannya, ada hal kecemasan ke..mungkin dari keluarganya..tapi argh... dia mencongak-congak untuk tidak mengangkat panggilan tersebut....Angin bayu yang mula menyapa mukanya memberikan sedikit ketenangan dihatinya...setiap kali terluka, atau kesedihan pasti pantai inilah yang menjadi pilihannya.. bukan dia tidak mahu bercerita namun, sudah acapkali dia meluahkan perasaan kekecewaannya dan rasanya sudah berjuta gelen air matanya dihabiskan demi insan bergelar Adam...

Dia malu, malu pada penciptanya, malu pada keluarganya, malu pada sanak-saudara, dan rakan-rakan..dalam usia yang begini, dia masih bersendirian,sudah acapkali dia cuba menjalinkan hubungan dengan insan bergelar Adam, tapi sehingga kini, perasaan cintanya hanyalah sekadar sementara... Disini, dia nekad mencari jalan penyelesaiannya..dia sudah tidak mahu lagi menjadi hamba cinta. kerana cinta itu cukup pahit untuk ditelan, pahit untuk diharungi.. kebahagiaan bukan seperti tulisan-tulisan novel yang cukup indah, bukan yang cukup meruntumkan sehelai daun di tangkai hati... Faradiya mula mencari-cari jalan hidupnya.. ya, dia harus berubah..berubah demi kebaikan... sudah lama hatinya tercari-cari hidayah dari Ilahi.. bukan dia tidak mahu, bertudung sahaja sudah mengambil masa agak lama untuk tudung itu kekal di kepalanya..

Jiwa kegadisan itu masih sebelumnya berbekas dihatinya...masig dia tercari-cari dimana jalannya.. bukan dia tidak mencari secebis hidayah..namun pintu hatinya masih belum cukup terbuka untuk mendalami agama... dia mencari seseorang yang mampu mengubahnya. Dia masih mahu bergelar seorang muslimah. Ya, dihatinya ada jiwa muslimah yang terpendam..jiwa yang rindukan zikrullah..hati yang rindukan syahadah... namun, siapa yang mengerti..??? puas ditangisi perpisahan sesama manusia, akhirnya malu mula berputik ditangkai hati.. apakah selama ini , cinta itu disulami dengan cinta Ilahi?? 

Hatinya beristighfar...sudah lama rupanya dia tersesat,leka dengan cinta manusia yang membutakan...leka dengan kehidupan dunia yang sementara..lupa akan ajal dan maut yang datang tanpa diundang..."arghhh !!!!!!"
semua mata memandang ke arahnya.kelihatan beberapa pemuda melihat kearahnya sambil tersenyum sumbing...mungkin dalam percongakan mereka , Faradiya seorang gadis gila...tersenyum-senyum faradiya mengenangkan semua itu..lantas dia menyambung lamunannya... bukan dia sengaja membuat kacau,..tapi fikirannya berkecamuk...makin difikirkan, makin terasa hati dan jiwanya sakit...


Ya Allah Ya Tuhanku…

Ini aku di hadapanMu wahai Tuhanku…

Aku datang menghadap ke hadratMu yang Agung…

Aku datang membawa sekeping iman dan amal yang terlalu sedikit…

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku serahkan padaMu jua…

Segala rencana hidupku dan matiku…

Kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui…

Baik dan buruk sesuatu pada diriku dan imanku…

Ya Allah Ya Tuhanku…

Aku mohon petunjukMu yang Maha Benar…

Untuk merungkai masalah dan kekusutan di dalam jiwaku

Andai kiranya dia baik untuk diriku dan imanku…

Permudahkanlah…

Andai kiranya buruk untuk diriku dan imanku…

Maka jauhkanlah…

Ameen… Ya Rabbal A’alamin…

Faradiya bermonolog dalam hatinya.. dalam hatinya dia memohon agar dia diberikan sinar hidayah dan kekuatan untuk menempuhi semua ini.dugaan dari Ilahi sebagai tanda kasih dan sayangnya pada Faradiya. Akhirnya dia akur dengan takdir perjalanan hidupnya...dia tahu janji Allah itu benar.. semua yang berlaku ada hikmahnya.. Dia berjalan menyusuri indahnya permandangan pantai dipagi hari... dia menarik nafas sedalamnya.. mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya, namun dia sedar, semua itu tidak dapat menyelesaikan masalah.. kemungkinan untuk dihantar ke hospital sakit mental sahaja yang tinggi... 

Indahnya ciptaan Tuhan, air yang biru kadang-kala kelihatan kehijauan..begitu indah susunan dan pentadbirannya..ah..alangkah ruginya hidup yang sementara ini disia-siakan...hidup yang penuh dengan warna-warni...kedamaian mula terasa dijiwa... setenang air laut yang adakalanya bergelora...

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan kasihku ini

sekali lagi telefon bimbitnya menjerit-jerit meminta diangkat..Faradiya merenung skrin telefon itu, dan ternyata telahannya tepat, sekali lagi nombor yang tertera di skrinnya adalah nombor yang sama.. 

                                                                                                                                            bersambung....



No comments:

Post a Comment