~ Tema
~ Masa
Mengamalkan Postur Yang Baik
Postur ialah gaya diri yang melibatkan penggunaan otot dan sendi badan yang baik. Postur yang tidak betul semasa melakukan kerja akan menyebabkan badan tidak selesa dan mudah letih. Sesiapa yang mengamalkan postur yang baik memerlukan tenaga dan daya usaha yang minimum untuk mengimbangkan badan.
Kebaikan Mengawal Postur Yang Baik
~ mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja
~ mengurangkan ketegangan otot
~ mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi
~ menampilkan gaya diri yang baik dan menarik.
contoh postur
postur semasa bekerja
No comments:
Post a Comment