Sunday, July 29, 2012

WANITA SEBAGAI INSAN MULIA

Islam datang, sementara kebanyakan manusia mengingkari kemanusiaan wanita dan sebahagian yang lain meragukannya. Ada pula yang mengakui akan kemanusiaannya, tetapi mereka menganggap wanita itu sebagai makhluk yang diciptakan semata-mata untuk melayani kaum lelaki.
    
Maka merupaka 'izzah dan kemuliaan Islam, kerana dia telah memuliakan wanita dan menegaskan kewujudan kemanusiannya serta kelayakannya untuk menerima taklif(tugas) dan tanggungjawab, pembalasan, dan berhak pula masuk syurga. Islam menghargai wanita sebagai manusia yang terhormat. Sebagaimana kaum lelaki, wanita juga mempunyai hak-hak kemanusiaan, kerana kedua-duanya berasal dari satu pohon dan kedua-duanya merupakan dua bersaudara yang dilahirkan oleh satu ayah(bapa) iaitu Adam dan satu ibu iaitu Hawa.


Kedua-duanya berasal dari satu keturunan dan sama dalam ciri kemanusiaannya secara umum. Kedua-duanya adalah sama dalam hal beban dan tanggungjawab dan akhirat kelak akan sama-sama menerima pembalasan. Demikian itu digambarkan oleh al-Quran:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak Dan bertaqwalah kepada Allah yngn dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (perihalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisa':1)


No comments:

Post a Comment