Monday, July 30, 2012

***Hidayah milik Allah***


Assalamualaikum w.b.t.


Sedar tak sedar rupanya dah sepuluh Ramadhan hari ni.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan solat terawih walaupun lepas beberapa hari berperang dengan nafsu sendiri. Lama dah tak menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih di masjid Desa Jaya ni. Almaklum dah 3 tahun sambut Ramadhan di tempat orang. Tersentuh rasa hati tengok anak-anak kecil pun ke masjid. Segan pula rasanya kita yang dah menjejak alam dewasa ni masih lagi di takuk lama. Tak kurang juga 2 , 3 orang yang zaman kecilnya terkenal dengan kenalannya sudah berubah. Teruja melihatnya. Benar kata kalamullah, hidayah tu akan tiba bila-bila masa cuma masa yang menentukannya, cepat atau lambat.


Hari ini, hati yang gelisah mula rasa tenang. Dalam separa sedar, akhirnya aku menitiskan jua air mata kesyukuran keranahati yang ku rasa kosong seakan terisi. Seakan terluah segala masalah walaupun tiada tempat mengadu. Sungguh , kembali ke jalanNya lebih nikmat, lebih tenang. Adakalanya kita terlalu bongkak dan angkuh dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Sejenak aku terfikir, apakah nikmat yang selama ini dikecapi itu adalah salah satu tanda kemurkaan Allah kerana asik melupakan kurnianNya.


Kadang-kala hati kecil ni berbicara untuk melakukan perubahan terhadap diri , mahu menjadi yang solehah bagi yang soleh, kerana mahu melahirkan generasi yang berilmu dan beriman. Namun, untuk melaksanakannya bukanlah mudah. Hidayah bukan untuk ditunggu, tapi untuk diminta. Aku masih ingat sewaktu dalam majlis agama, seorang ustaz pernah berkata, seandainya kita tak mampu untuk berubah, hati kita sudah terlalu keras, mohonlah dikurniakan sebuah hati yang baru agar kita mampu mendidik hati baru itu dengan sifat yang baru.


Mungkin fahaman kita yang dididik dengan "belum sampai hidayah" tu jadikan kita leka, tidak berusaha untuk menjadi yang baik. Terlalu leka dengan nikmat dunia dan akan tersedar dari kesalahan tersebut apabila kita ditimpa musibah. Dengan fahaman yang kurang, dengan diri yang malas untuk menuntut ilmu, akan lahirkan diri yang leka dan akhirnya akan memusnahkan seorang muslimin atau seorang jiwa muslimah. Bahkan akan melarat ke generasi yang akan datang kerana baitul mua'llim yang dibina tidak berteraskan fahaman agama yang kejap.


Oleh yang demikian, sama-samalah kita mencari redha Allah dengan mencari hidayahNya, bukan menunggu hidayah tiba. Akankah punya masa untuk kita menanti hidayah sebelum Izrail datang menuntut janji kita sewaktu roh dihembuskan ke jasad.


Untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan. Jazkallah ~

No comments:

Post a Comment