Thursday, March 8, 2012

Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 6)!!

Suamiku, Aroma hatiku ~


Aku ingin sekali dirimu sentiasa berbau harum tatkala aku mendekatimu...kerana akan terbit rasa tenang dihatiku kerana aku dapat menjaga kebersihan dirimu wahai pujaanku..kerana aku juga akan menjaga kebersihanku untukmu..


Aku ingin menjadi isteri terbaik buatmu wahai suamiku..kerana Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata


"Isteri yang terhebat adalah yang baik dan yang wangi tubuhnya,lazat masakannya.Juga apabila engkau berikan nafkah kepadanya maka dia akan membelanjakan dengan berhemat dan bila engkau tidak memberinya apa-apa, maka dia tidak pula meminta-minta.Isteri seperti itulah yang termasuk pesuruh Allah dan ia tidak akan hilang musnah."


Sungguh aku ingin menjadi penghibur terbaik buatmu.Daripada diriku aku harapkan ketenteraman dan kebahagiaan dan kedamaian batin yang NABI SAW janjikan untukmu:


"Dunia ini adalah kebahagiaan dan kebahagian terbaik adalah isteri solehah"
                                                                                                   (Riwayat Muslin,al-Nasai & Ibn Majah)


Dan aku akan sentiasa mengingati seorang wanita itu masih tidak dapat dianggap wanita qurratil 'ain selagi mana dia sendiri bukan seorang yang tenang dan tidak menenangkan orang lain.


kerana itu,al-faqih Ibn Abdi Rabbihi al-Andalusi pernah berkata:


"Bencana besar tertimpa seluruhnya kepada isteri ialah mempunyai dua keburukan; buruk wajahnya dan buruk fi'ilnya, dimana hati tidak menjadi damai saat berdampingan dan merpergaulinya serta tidak sedap dipandang mata."


Justeru itu, aku akan bahagiakan kamu dengan perilakuku dan gurau sendaku sehingga kamu rasa tidak mahu berpisah atau mengharapkan orang lain untuk mendapat perkara sebegitu.


Isteri solehah isteri yang mendamaikan

Aku juga akan perdengarkan ucapan atau kalam yang indah dan terbaik untukmu lantaran ia boleh mempengaruhi hati dan jiwamu, apatah lagi ia salah sati daripada cabang-cabang sedekah.

"Apabila kamu biasa menuturkan ucapan-ucapan yang indah maka anak-anak akan terbiasa juga dengan kalimah-kalimah yang baik sehingga hal itu akan tersebar kepada semua manusia yang ditemui."

Oleh kerana itu, dunia yang kita sedang dalami ini akan terasa begitu indah meski beban dan lelah kehidupan yang kita tanggung hanyalah Allah SWT sahaja yang tahu.

p/s: fi'il means perbuatan,@ kelakuan

No comments:

Post a Comment