Tuesday, June 26, 2012

Ceritera Kehidupan

Hari ni 27 June 2012... ye da hampir 4 bulan hubungan kita renggang kerana sebuah perhubungan yang terjalin tapi tidak kesampaian.. Aku keliru shabat.. dengan huluran kasihmu tapi kau jualah yang mematahkan sayap yang mula bercambah dihati ni.


Maafkan aku jika aku melukakan hatimu dengan kata-katakukerana aku tak mampu untuk menjadi seorang teman yang sempurna buatmu.


Ya, aku khilaf dengan cinta manusia dan seringkali jua alpa dengan cinta ILahi..namun, apakan daya seorang insan yang belum mampu berdiri diatas kakinya sendiri.Sungguh dalam hati ini masih terselit sebuah erti kerinduan buatmu, namun ku cuba untuk mengusir haluan ini dari hatiku kerana kau yang tidak menginginkan semua ini bercambah dengan mekar.


Apakan daya seorang perempuan seperti aku untuk memiliki sebuah kemanisan erti perhubungan. ya mungkin dalam usia 21 tahun ini pemikiran aku tidak seperti gadis yang sebaya denganku,kau juga tahu semua itu kekurangan mutlak yang aku miliki, namun mengapa masih lagi kau menyalahkan diri yang kerdil ini?


tidakkah kau mengerti nahwa perhungan itu perlukan berbagai elemn yang tak mungkin hanya aku yang perlu merubah.. sedangkan ada pepataha melentur buluh biarlah dari rebungnya. aku menjadi rebungnya, dan memerlukan masa untuk ilenturkan. tidakkah kau boleh bersbar denganku wahai sahabat? keranan cinta itu bukan sahaja dengan lafaz i love u, aku cinta padamu..tapi cinta memerlukan sebuah pengorbanan,pendidikan, kasih syang, kepercayaan dan pelbagai lagi.


mungkin kepercayaan itu sukar untuk kau dapatkan daripada aku,kerana aku insan yang terluka hanya mampu mengukir senyum di kala hat merintih kesedihan.. apakah kau mengerti?aku hanya mampu mengungkap kata maaf buatmu sahabat.. kaulah teman dan kaulah sahabatku dunia dan akhirat.. insyaAllah ~

No comments:

Post a Comment