Sunday, February 6, 2011

Kisah Aku & Dia

Aku Dan Dia

Aku dan dia...
bertemu di sempadan usia..
Tanpa dipinta...
Mungkin sudah takdir yang Esa

Aku dan dia...
Sungguh berbeza...
Di pertemuan yang damai...
Tanpa mengenal erti yang tiada..

Aku dan dia...
Sungguh aku mengharapkan agar dia sentiasa disisi
Menemani aku saat-saat terakhir dalam hidupku..
Apakah dia mengerti akan apa yang ingin aku luahkan??
Apa yang terbuku sekian lama
Di pelusuk hati kecilku ini...

Aku dan dia...
Damainya di saat dia memeluk tubuh kecilku ini..
Aku merasa setiap denyut nadi jantungnya..
Aku merasa setiap helaan nafasnya..
Aku merasa setiap nafasnya hanyalah untukku..
Aku merasa setiap pandangannya padaku hanyalah pandangan cintanya padaku

Sayang...
Kenapa tiba-tiba kau berubah..
Aku dan dia tidak lagi seperti dulu..
Tiada lagi tawa yang kedengaran..
Tiada lagi senda gurau dia..
Yang tinggal hanya kesepian yang nyata..
Aku tanpa dia..
Ditemani malam nan sunyi...
Ditemani hujan badai..
Dihujani air mata yang berguguran..
Ditemani malam yang hiba..
Siang yang menangis kerana dia..



No comments:

Post a Comment