Monday, February 7, 2011

Monolog Cinta Biat Suamiku (Part 5)!!

Wahai Pahlawan , tumpuan Kecintaanku....

Sebenarnya aku mahu kamu tahu, bahawa aku sangat suka dan amat senang hati andai aku selalu dapat menghiaskan diri untuk hari-hari seterusnya hingga ke akhir hayatku untuk santapan matamu, duhai suamiku yang amat ku cintai...Aku ingin selalu kelihatan seperti bidadari yang telah menambat hatimu sewaktu mula-mula kita diijabkabulkan..Aku ingin selalu menjadi pengantinmu..dan ingin sekali aku berada di sudut hatimu selamanya...

Aku ingin membiarkan bibirku ini sentiasa memerah ,kerana aku tahu di situ ada keinginan menyala-nyala dari hati seorang lelaki bernama suami..Aku juga ingin sentiasa berinai di jari-jari kegemaranmu ini,kerana aku yakin di sini ada seri tersendiri bagi seorang isteri...

Aku ingin sekali menghiaskan mataku yang menjadi pujaanmu,disaat pertama kali kita bertemu, kerana aku tidak mahu pujaanmu bertukar menjadi kemurkaan dan mengundang kemarahanmu. aku ingin sekali pandangan redup dari sinar mataku ini dapat meredakan segala masalah yang terbuku di hatimu..aku ingin kau selalu damai bersamaku...

Orang di zaman salaf dahulu seperti Abdullah bin Jaafar bin Abu Thalib pernah menasihati puterinya agar membiasakan diri bersolek dengan celak kerana itu adalah satu keindahan.Aisya r.a sendiri pernah berkata

"Jika engkau memiliki suami dan engkau dapat memperindah kedua-dua bola matamu, maka lakukanlah".

Barangkali abang juga pernah terdengar atau terbaca satu hadis yang berbunyi:
"Hendaklah kamu bercelak, sesungguhnya ia akan mencerahkan mata dan menumbuhkan bulu-bulu mata."  

                                                                                                                  (Riwayat Sunan al-Nasa'i)

Biarkanlah pipiku yang semula jadi merah itu semakin memerah, lantaran fitrah Nabi SAW yang sukakan Aisya si Humaira' itu...

Abang..ketahuilah bahawa aku hanya ingin kamu melihatku dan menjaga pandanganmu dari melihat wanita yang bukan milikmu..Aku hanya ingin kita bersama dalam mahligai bahgia ini..selamanya...

                        syurga isteri di bawah telapak kaki suami

No comments:

Post a Comment