Wednesday, February 2, 2011

Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 4)!!

Suamiku, cinta hatiku....


Perhatikanlah baik-baik apa yang mahu syg katakan ini...Barangkali ini yang pertama dan terakhir buatmu semantelah kita selamat diijabkabulkan. Selebihnya terpulanglah kepadamu untuk memegang dan melaksanakan wasiat ini sebagai panduan untuk membimbingku selepas ini...


Abang, memasuki alam perkahwinan ini bererti diriku telah berpindah ke alam yang ditakluk oleh pemimpin baru. Ingatlah ,di dalam bahtera rumah tangga yang kita bina ini, aku diamanahkan sebagai pendamping merangkap penyejuk hatimu dan dirimu merupakan pemimpin kepadaku..


Abang....


Sejak termeterai sudah ikatan suci antara kita, bermakna diriku telah keluar daripada rumah ibu bapaku dan aku telah melepaskan diri dari dampingan keluarga dalam lingkunganku terdahulu...


Justeru itu, aku wajib menyiapkan diriku untuk hidup bersama-samamu dalam menghadapi hari yang mendatang dengan cara melembutkan jiwa dan perasaanku secara bertahap-tahap..semua ini dilakukan semata-mata agar dirimu dan diriku bersatu dalam satu jiwa dan hati.....


Abang,betapa besar dan beratnya peranan seorang isteri terhadap seorang suami, begitu juga besarnya tugas seorang suami kepada isterinya. Bahkan Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:


"Kalaulah aku mahu memerintahkan seorang sujud kepada seorang yang lain, nescaya akan aku perintahkan wanita sujud kepada suaminya."
                                                                                                                             (Riwayat al-Tarmizi)


Abang..aku sedar bukanlah niat perkahwinan itu untuk menakut-nakutkan makhluk bernama wanita sepertiku,tetapi aku sedar besarnya tanggungjawab dan hak-hak terhadapmu. Semua ini sebenarnya hanyalah untuk menghantar dan mengangkat darjatku lebih mulia di sisi Allah S.W.T jua.


Di pertemuan pertama ini, izinkanlah aku berterus -terang bahawa aku sudah bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga ini bersamamu. Pesanku,jagalah sungguh-sungguh bahtera kita ini supaya kita dapat menyemarakkan cinta dan kasih sayang antara kita....
Seindah-indah perhiasan ialah wanita yang solehah

No comments:

Post a Comment