Tuesday, February 1, 2011

Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 3)!!

Duhai suamiku biasan Iskandar Zulkarnain...

Sebelum kuteruskan bicara kasih sayangku ini buat dirimu, maaf andainya ku pinta amanah untuk kamu bersama-samaku mencuri masa menghabiskan istighfar seribu kali sebelum bahtera rumah tangga kita belayar lebih jauh lagi....


Maafkan syg, abg....


Syg sgt takut dan sgt bimbang andai kita memasuki gerbang baru ini dalam keadaan diri yang masih terlekat dengan dosa dan noda kering masa lalu, sama ada kita sedar mahupun tidak...


Sesungguhnya , alam baru yang sedang kita jejaki ini fitrahnya suci , bersih dan kudus.


Maka, diriku sebetulnya tidak mahu ia dikotori dengan dosa dan kesalahan silam yang belum terampun.


Percayalah abg, titik-titik noda dan dosa silam zaman silam itu sebenarnya boleh menjadi hijab kepada kemanisan ,kebahagiaan , ketenteraman, dan ketenangan kepada sesebuah rumah tangga.Na'uzubillahi min zalik!


Aku ingin sekali rumah tangga yang kita bina ini menjadi landasan buatku ke syurga Ilahi dengan bimbinganmu ,abg...Aku ingin sekali kebahagiaan yang kita kecapi hari ni berterusan buat selamanya...bukan hanya di dunia kerana aku ingin menjadi temanmu di syurga kelak,Insyaallah....




                                                              calon-calon suami soleh

No comments:

Post a Comment