Tuesday, February 1, 2011

Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 2)!!

Suamiku sayang , cinta hati syg.....

Pertama-tamanya izinkan untukku berterus-terang kala ini.


Abg,


walau betapa tingginya pandangamu padaku, walau betapa hormatnya hatimu pada isterimu ini tapi hakikatnya abg , isterimu ini sebenarnya bukanlah Saidatina Khadijah yang terlalu kuat orangnya dan dirimu pula bukanlah Nabi Muhammmad S.A.W , bukanlah aku ini Saidatina Fatimah Az-zahra dan bukan pula dirimu itu Saidina Ali....juga bukanlah aku ini sekuat Siti Hajar yang memerlukan bimbinganmu , abg....


Aku bukanlah mereka dan bukan sesiapa jua yang terlalu sempurna lantas mengharapkan pendamping hidup ini yang sedemikian juga. Cuma di dalam selautan Rahmat dan Rahim-Nya yang Maha Luas, aku mengharapkan serpihan-serpihan-Nya di bawah janji-Nya yang benar:


"...Dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik".           
                                                                                                                  (surah An-Nur :26)


Puas sudah aku menjaga diri dan jiwa setakat yang termampu , dengan harapan insan biasa di akhir zaman persisku ini dianugerahi lelaki yang mampu menjadi imam di masjid mahligai yang kita bina sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta Ilahi ini....


Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar. Kepada Allah jua kukafarakkan(panjatkan) syukur dan kepada Allah SWT jualah ku serahkan nilain-Nya terhadap dirimu yang sebenar, kerana manusia yang buta basirohnya sepertiku hanya suka menghukum dengan mata zahir.


Allah SWT yang sebenarnya memiliki , memegang dan menguasai hatimu. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik penilai....dan dari-Nya lah jua perasaan cinta ini tumbuh padamu...dengan izin-Nya jua aku memiliku abg...




p/s : basiroh means penglihatan


Romantik kan syg..!!

No comments:

Post a Comment