Tuesday, February 1, 2011

Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 1)!!

Salam penuh cinta dan sayang buat suamiku muin...

Selautan limpahan syukur yang tidak terucap buat Pemilik Cinta Allah Azza Wajalla, kerana dengan sifat Rahman dan Rahimnya,kita berdua akhirnya diizinkan untuk bersatu di bawah lembayung Cinta-Nya melalui akad nikah yang penuh suci dan bersejarah.


Terzahir jua rahsia jodoh terbaik yang hanya tersembunyi di antara diri kita dengan Allah S.W.T...


Alhamdulillah , termeterai sudah ikatan sah mawaddah warrahmah yang selama ini kita pagarkan dengan benteng syariat ,
yang kita bajakan dengan benih khasyatullah dan kita siramkan dengan hujan zikrullah.


Harap-harap hubungan kita yang terjaga selama ini disinari dengan mentari ketenangan , kebahagiaan, kelapangan hati dan jiwa dalam melayari bahtera rumah tangga yang kita bina....hadiah pertolongan daripada Allah SWT  buat hamba-hamba-Nya yang bertakwa.


Juga membuahkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah sebagai pewaris kesinambungan perjuangan Ummah Islam.
Terima kasih tidak terhingga juga ku ucapkan buatmu kerana sudi menerima diriku sebagai suri di dalam hidupmu dengan kata lainnya teman setiamu insyaallah penghulu bidadarimu di syurga. Syukran ,syukran syukran abg manisku..


p/s : muin means penjage...
        hehe

No comments:

Post a Comment