Friday, March 18, 2011

KELAS GROOMING ~ bla bla bla

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t


hari ni na cite sal kelas grooming yang ana join tadi...brapa hari sudah blog ni asik penuh ngn story cinta yang tak kesampaian....penat dah rasenya org yang baca 2 baca blog ni kan...


bersyukur sangat2 bos bagi peluang pergi kelas grooming ni...kelas ni sebenarnya berlangsung selama 2 hari..tp bru hbis sehari iaitu hari ni...


macam2 yang ana dapat sepanjang kelas ini dijalankan...bru ana sedar bukan ana seorang yang ada masalah...bukan ana seorang yang hidup kat atas muka bumi ni...masyaallah betapa ana ni lemah...
terlalu mengikutkan segala rasa dihati...


hari ni ana belajar cara penampilan diri agar lebih kemas...belaja beradab dengan org lain...n yg pling penting hari ni ana belaja MENGHARGAI DIRI SENDIRI....selama ni ana tidak pernah pikirkan mengenai diri sendiri..betapa kita perlu untuk menjaga diri sendiri ,menyayangi diri sendri...


hari ni ana rasa hidup ana lebih bermakna..hari ni ana belaja mengenai diri sendiri yang ana sendiri tidak pernah hargai...bukan cuma dengan memanjakan diri dengan menjaga kecantikan yang dianugerahkan ILAHI...tetapi kesihatan fizikal dan mental...


hari ni ana rasa ALLAH sayangkan ana lagi...ujian yang ana terima tidaklah seberat seorang yang ana kenalkan sebagai kak Rumi...betapa wanita tabah ini diuji dengan pelbagai ujian...2x hampir bertunang setelah segala persiapan telah dibuat, tetapi akhirnya pasangannya meninggalkannya tanpa khabar berita...
ya allah kuatnya hati insan ini walaupun dy sendri tidak mampu menahan segala kesedihan yang tidak tertanggung...ana jadi malu pada dy...betapa ana lemah dalam menghadapu segala ujian dalam hidup ini..
ana cuma mampu mendoakan agar kak Rumi mendapat jodoh yang lebih baik kerana dy seorang wanita yang amat menjaga agamanya..insyallah...


mengenai diri ana sendiri bermacam-macam yang ana belaja salah satunya kelebihan n kekurangan diri sendiri sehinggalah ana mampu mencari diri ana sendiri..terima kasih para fasi yang banyak membantu...dan dengan izin ALLAH..insyaallah ana akan cuba perbaiki apa yang kurang dalam diri ni..


ta sangka diri yang dah lama hilang, akhirnya ditemui kembali...identiti yang telah lama hilang akhirnya mampu ana kembalikan...setelah pelbagai perkongsian dan tunjuk ajar para fasi serta pengalaman kakak2 yang join program hari ni byk membantu ana...alhamdulillah...syukur sgt2...


insyaallah apa yang diperolehi hari ni akan ana kongsikan dengan follower sekalian...

No comments:

Post a Comment