Friday, March 18, 2011

kebersihan dan kesihatan diri

Panduan Penjagaan Profesional


kebersihan dan kesihatan diri yang baik serta gaya diri yang menarik ialah keperluan asas dan kunci kejayaan kepada setiap insan. Anda harus menjadi contoh dalam mengamalkan kebersihan dalam penampilan diri dan penjagaan kesihatan yang baik.


Mengamalkan Asas kebersihan Diri Dalam Kehidupan Seharian


 ~Rambut
* pastikan rambut sentiasa bersih dan kemas
* rambut yang panjang hendaklah diikat
* stail rambut hendaklah ringkas tetapi menarik
* pastikan rambut sentiasa disikat


~Badan
* Mandi setiap hari
* Gunakan deodorant atau antipeluh jika perlu
* Pastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas
* Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


~Kaki
* Pastikan kaki dibersihkan
* Gunakan kasut dan stoking yang bersih


~Muka
* Pastikan muka sentiasa bersih
* Pakai mekap yang nipis dan sesuai


~Gigi
*Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
*Flos gigi setiap hari
*Pastikan nafas tidak berbau
*Lakukan pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali
*Berkumur dengan antiseptik


~Tangan
*Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
*Cuci tangan sebelum dan selepas ke tandas dan setiap kali tangan kotor
*Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan tangan seperti memakai sarung tangan apabila perlu


menjaga kebersihan asas keimanan

No comments:

Post a Comment