Sunday, March 6, 2011

kisah semalam

assalamuaikum w.b.t


firstly..da tukar balek background music..hehe..
disebabkan adew la sahabat ni kecik atiey ngan ana..
xna la die tros berkecil hati..
xpew...nanty ana tukar balek bile ada lagu yang best..


ok..hari ni nak kongsi berkaitan dengan ceramah yang ana dengar semalam..
sempena maulidurrasul..yang telash disampaikan oleh ustaz Hanapiah..


semalam ustaz Hanapiah ada menekankan mengenai kesibukan , kerahan keringat dan lagi satu ana lupa..
hehe..mx maaf ya sahabat..sebab apa ,mengantok ketika dalam dewan dek terlampau banyak makan nasi beriani..


bercerita mengenai kesibukan, beliau telah memberikan contoh cerita dimana pada zaman rasulullah s.a.w ada sahabat baginda,Abu Ayub Al-ansari telah datang bertemu baginda, ketika itu baginda rasullullah berada dalam keadaan yang sgt letih...tugas sebagai seorang rasul kan berat, itu diakui sendiri oleh Allah s.w.t.
baginda rasullullah meminta sahabat baginda itu untuk datang pada hari esok tetapi ditolak oleh Abu Ayub Al-ansari tadi...kemudian untuk tidak menghampakan permintaan sahabatnya itu, baginda bertanyakan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya.


Abu Ayub Al-ansari memberitahu baginda bahawa sejak akhir-akhir ini buah tamar miliknya sering hilang...kalau diisi di dalam kotak,hanya separuh yang tinggal..kesibukannya mengerjakan ladang tamar miliknya membuatkan dia tiada masa untuk memeriksa semua kotak buah tamar miliknya..


Rasulullah s.a.w mengatakan bahwa ada toyol telah mencuri buah tamar beliau...(lihatla bkan zaman moden jew adew toyol)....Abu Ayub Al-ansari amat terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah...lalu beliau bertanya kepada rasulullah.


"Ya rasulullah...apakah yang harus aku lakukan?".,tanya Abu Ayub AL-ansari.
"Kamu pulang ke rumahmu, pada malam esok kamu jangan tidur. sediakanlah jala,kemudian bacalah bismillahhirrahmanirrahim sebanyak 3x.kemudian pulanglah Abu Ayub al-ansari itu tadi.


seperti yang telah diberitahu Rasulullah, Abu Ayub al-ansari pun berjaga pada malam itu. dengan bacaan bismillahhirrahmanirraim sebanyak 3x ,toyol yang dimaksudkan itu dapat ditangkap. segeralah beliau kerumah Rasulullah untuk memberitahu Rasulullah bahawa beliau telah dapat menangkap toyol tersebut tetapi malangnya Rasulullah telah tertidor..Abu Ayub al-ansari memutuskan untuk menunggu sehingga Rasulullah terjaga dari tidur..(setianya para sahabat)


sedang menunggu Rasullullah terjaga dari tidur..si toyol memujuk rayu Abu Ayub al-ansari tadi(amboi advance sungguh toyol ni..)...


"wahai Abu Ayub, lepaskanlah aku, bukan aku mahu mencuri, tetapi tuanku yang telah menghantar aku kemari. lihatlah belakang badanku ini, habis dipukul oleh tuanku..."pujuk si toyol.


Abu ayub yang kasihankan toyol tersebut pun telah melepaskan toyol tersebut. seketika kemudian, Raulullah telah terjaga dan bertanyakan kepada Abu Ayub al-ansari dimanakah toyol tersebut? lalu diberitahu kepada Rasulullah,bahawa beliau telah melepaskan toyol tersebut.


"kenapa engkau melepaskan toyol tersebut wahai Abu Ayub?,tanya Rasullullah.
"dia memngatakan bahawa dia telah disiksa rasulullah";balas si abu ayub.
"engkau telah ditipu olehnya, sesungguhnya iblis itu tidak pernah bercakap benar, ujar Rasullullah.
(tengoklah toyol ni...sekolah tinggi jugak dia..hbis ditipunya Abu Ayub...eh3)


"esok malam,apabila dia datang lagi tangkaplah ia dan bawa ia kepadaku.."pesan Rasulullah.


keesokan malamnya, seperti yang diminta Rasulullah,sekali lagi beliau melakukan benda yang sama, dan sekali lagi toyol itu tertangkap(ish,xserik betol ,toyol ni kan...ketagih plak,semalam kena tangkap,hari ni datang lagi...xsempat hbis sekolah agaknya)...lalu seperti semalam,abu ayub membawa toyol itu kerumah rasulullah.
dan sekali lagi toyol tersebut memujuk rayu abu ayub(ewah3,pandai si toyol ni kan)...


"wahai abu ayub,lepaskanlah aku",si toyol memujuk.
"aku tidak mahu melepaskanmu, oleh kerana kkau telah menipuku semalam",balas abu ayub.
"tahukah engkau mengapa aku boleh masuk kerumahmu dan mencuri buah tamarmu?" tanya si toyol.
"wahai si toyol,mengapakah?"tanya abu ayub kehairanan.
"kerana kau terlalu sibuk dengan urusan duniamu, sehinggakan tiada masa untuk membaca ayat -kursi sedangkan dalam surah al-baqarah ada ayat qursi",tercengang abu ayub mendengar, lalu dilepaskan ia toyol tersebut..
(si toyol menyekolahkan abu ayub plak)


Rasulullah terjaga dan melihat abu ayub termenung lalu ditanyakan baginda dimanakah toyol tersebut lalu dia memberitahu bahwa dia telah melepaskan toyol itu sekali lagi..


"wahai abu ayub kenapa engkau melepaskan toyol itu"tanya rasulullah.
"toyol itu memberitahuku bahwa aku lalai untuk membaca ayat qursi sehari-hari oleh sebab itu dia dapat memasuki rumahku.
"ya,itu betul wahai abu ayub" jawab rasulullah ringkas

Lihatlah wahai sahabat, betapa kita sibuk dengan urusan dunia hingga hampir sebilangan dari kita lalai dengan kewajipan kita pada akhirat sedangkan dunia adalah sementara sedangkan yang kekal hanyalah akhirat..
sesungguhnya dunia adalah tempat persinggahan sebelum kita ke padang mahsyar..
ingatlah janji kita kepada Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia.

No comments:

Post a Comment