Wednesday, March 16, 2011

~ Tinta Buatmu Cinta Hatiku ~

Assalamualaikum w.b.t...


sahabat yang paling aku cintai....
mungkinkah kau akan terbaca tinta ini syg ???





aku tidak punya kekuatan lagi untuk menghubungimu...aku kalah,tewas dalam perasaan yang melanda hati ni...
aku tidak punya kekuatan untuk mendengar suaramu itu..aku lemah tanpamu disisi
aku rindukanmu...amatlah merindui dirimu...sesungguhnya amat berat untuk aku lalui semua ini...


sahabat....aku minta maaf kerana terlanjur mencintaimu hingga saat ni..
andainya kau mengenali aku dengan mata hatimu...
aku tak mampu nak luahkan padamu..biarlah surat ini abadi dalam blog aku sahaja


aku tak mampu nak luahkan padamu , untuk bertanya padamu 
apakah kau sudi menunggu diriku untuk dijadikan suri hidupmu
aku tak mampu nak bertanya padamu..aku tak mampu untuk luahkan setiap apa yang aku lalui
aku cuma tak ingin kita hanyut dalam cinta palsu duniawi
aku cintakanmu kerna agama yang ada padamu
aku cintakanmu kerna ketegasan dirimu dalam membela hidupmu..
aku jatuh hati padamu kerna dirimu tegar dalam agamamu
aku inginkan kau menjadi imamku kelak
aku ingin sekali menjadi suri hidupmu..penghulu bidadarimu di syurga,insyaallah..






walaupun aku pernah menjalinkan cinta terlarang bersamamu,
aku tidak mahu lagi semua itu berlaku..
cukuplah sekadar aku menjadi sahabatmu , teman baikmu sehingga kita diijabkabulkan
aku tak mampu nak membuang perasaan yang ada ini terhadapmu...


apakah kau merasa yang sama ??
aku juga tidak pasti..cuma harapanku agar dirimu
sentiasa menungguku...aku sayangkanmu...
perasaan cinta itu amatlah indah...cuma kita yang kadangkala mengotori perasaan itu
n jadikannya sebagai cinta duka....


sahabatku tersayang...
aku cuma ingin menjadi isterimu yang solehah..
yang punya ilmu agama untuk membahagiakanmu..
yang punya ilmu untuk mendidik anak-anak kita kelak
aku memang bukan pasangan yang terbaik..kerana yang aku kejarkan adalah 
untuk menjadi isteri yang baik....
aku ingin menjadi isteri terbaik buatmu dimana saat kau pulang dari kerja
akulah yang akan menjadi penghibur hatimu...
akulah penyejuk hatimu...






aku sedih n kecewa bila aku lakukan segalanya kau menyalahkan aku
aku tidak ingin cinta yang tidak diredhai ALLAH...
pernahkah kau mengerti
kau selalu merungut mengapa aku layanmu dengan kasar
kau selalu merungut aku queen control
kau selalu merungut aku ta pernah berlembut denganmu
kau selalu merungut aku sentiasa mahu dilayan
kau selalu merungut,,,ah,,bermacam-macam
sehinggakan kau katakan kau bosan bergaduh denganku
kau selalu membandingkan diriku dengan gadis lain


wahai sahabatku cinta hatiku
tidakkah kau sedar jika aku melunakkan suaraku, kau akan tergoda..
nafsu yang ada akan bergelora..tidakkah kau lupa syg,,apa yang telah kita lakukan
tidakkah kau sedar dengan membiarkanmu kau telah membuat perkara yang aku 
sendiri tidak pernah terfikir kau akan melakukannya...
tidakkah terlintas difikiranmu andai aku berlemah lembut
denganmu, kau akan sentiasa merinduiku dan akan lalai dengan pelajaranmu
tidakkah kau sedar..masih ingat masa sem 2, kau meninggalkan aku
walaupun aku bersedih...tp aku bangga denganmu apabila
kau mendapat anugerah dekan...
tidakkah kau terfikir syg...betapa aku sygkanmu...
aku tak sanggup mengheret kau ke lembah kehinaan
sedangkan dirimu belajar agama lebih dari diriku yang amatlah khilaf ini






tidakkah kau terfikir kenapa aku selalu bergadoh dengan dirimu ??
aku cuma mahu menguji kesabaran yang ada dalam dirimu
tidakkah kau sedar syg...jika kita bernikah kelak...jika ada masalah
dalam rumahtangga kita, apakah yang akan berlaku
aku cuma mahu bersedia denganmu...
aku selalu minta kita putuskan hubungan kerna aku
inginkan ruang untuk kita mengenali diri kita
sejauh manakah rindu yang kita ada...


aku tidak mahu kita bermusuh....apatah lagi saling membenci
aku cuma mampu mencintaimu dari jauh 
aku cuma mahu mengenalimu syg..
dirimu yang aku sendiri kira aku tidak tahu
aku mencari kekasih yang halal untuk hidupku kelak






aku tahu lelaki remaja sepertimu  inginkan pasangan yang mampu membuatmu senyum
yang boleh memanjakanmu
yang boleh menuruti setiap yang kau inginkan...
yang boleh sentiasa memberimu sokongan


syg... aku minta maaf sgt2 pada dirimu atas segalanya
yang cuma aku mampu lakukan hanyalah mendoakanmu agar kau ketemu 
insan yang kau syang...yang bisa menandingi cintaku ini padamu
aku mendoakan agar kau bahagia...walaupun tanpaku disisi
dan doakanlah aku jua andai aku telah tiada.......
cuma tinta ini tinggalan terakhirku buatmu...
jika kau terbaca tinta ini..aku berharap agar kau mengerti
isi hati yang ta mampu aku luahkan selama ini..


percayalah cinta yang ada hanyalah untukmu
aku mengidamkan untuk menjadi suri hidupmu
dan aku masih menyimpan cincin yang kita beli bersama-sama
dan aku berharap agar kau menyarungkan kembali cincin ini
ke jari manisku kelak..
syg...semoga kau berbahagia
ingati daku dalam setiap doamu...








No comments:

Post a Comment