Friday, March 18, 2011

! Bahan Penjagaan Asas Kulit Muka !

 1 ) Pembersih muka
 2 ) Penyegar
 3) Pelembap
 4 ) Pelindung cahaya matahari (macam sunblock kot) haha



contoh semata-mata ihsan mr google

p/s : kalau jenis kulit berminyak cari produk berasakan aqua

jenis kulit

~normal
~berminyak
~combination
~berminyak(oily)

masalah kulit 
~acne
~pigmentation

 ! sel kulit mati bagi kulit yang berminyak
20-25 lapisan

! sel kulit mati bagi kulit normal 
10 lapisan

tujuanbahan penjagaan kulit

pembersih muka

 ~ membersihkan kotoran , sebum(minyak) lama, sel-sel mati
 , dan bahan mekap daripada kulit
~ melembutkan dan mencaitkan sebum supaya liang roma kulit tidak tersumbat
~ membersih dan melindungi permukaan kulit daripada bakteria dan kulat
~ mengekalkan kesihatan kulit
~ mempercepatkan proses pengelupasan sel mati dan pemulihan sel
~ merangsang peredaran darah, limfa dan kelenjar
~ mengekalkan kesihatan kulit

penyegar

~ menyegarkan dan mengimbangkan PH kulit (4-5.5 )
~ membuang sisa pembersihan dan sebum pada kulit tanpa menganggu acid mantle kulit
 ~ membantu menutup liang roma selepas dicuci
~ merangsang kulit
~ menghaluskan tekstur kulit

pelembap  

~ membaik pulih acid mantle kulit
~ mengimbangi pH kulit
~ melembapkan dan melembutkan epidermis kulit
~ memudahkan aplikasi mekap supaya lebih tahan lama 
~ melindungi kulit daripada jangkitan bakteria dan persekitaran seperti sinar ultralembayung
~ mengelakkan kulit daripada menjadi cepat matang
~ mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan

pelindung cahaya matahari

~ melindungi kulit daripada gentian kolagen dan elastin rosak
~mencegah terjadinya pigmentasi /jeragat (biasenya 30thn keatas)
~mengelakkan daripada selaran matahari, kulit kering ,kanser kulit dan kedutan pada kulit

Prosedur Membersih Muka

* membersih muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit muka

-gunakan kapas yang lembap.kemudian picitkan pencuci muka ,sapukan pada bahagian mata dahulu dengan lembut kerana kelopak mata adalah bahagian yang lembut, kemudian dari dagu gosok dengan lembut keatas,kenudian bilas.pastikan semua bahagian muka dibersihkan.

* sapukan penyegar(toner) diseluruh muka

 -gunakan kapas sapukan dari dagu ke atas.

*sapukan pelembap

-gunakan spatula untuk mencedok krim supaya tiada jangkitan kuman .

* sapukan pelindung cahaya matahari /uv protection

-sebaiknya SFP 40 keatas

Penggunaan Bedak

-seeloknya gunakan talcum daripada compact powder kerana compact powder mengandungi kadar minyak yang amat banyak.
(bukan sabotaj produk ye)

p/s : penggunaan krim malam adalah amat penting untuk merawat kulit muka yang penat sepanjang hari...
cuci muka sebelum pkol 11 malam setiap malam supaya sel kulit dapat bertindak dengan baik




No comments:

Post a Comment