Di malam yang hening ini
Jauh di benak hati ini
Rasa yang bertandang ini
Mula membuahkan rasa ganjal
Di setiap pelusuk rongga pernafasanku
Ya.. rindu yang bertandang amat sukar untuk digamit pergi..
Ah...hati....
Mengapa masih dirindu yang tak sudi..
Mengapa masih menjengah setiap post di wallnya?
Hati ... mengapa kau begitu rapuh
Rapuhnya kedamaian yang mula dibina
Hati... mengapa ditangisi takdir tuhan?
Mengapa masih membuat percaturan yang zalim
Hati... mengapa masih dikunci rapat pintu kepercayaan
Mengapa masih sukar untuk ditembusi sebuah gerbang kebahagiaan
Apakah engkau tidak mahu merasa bahagia
Hati... perlukah kehilangan kali ini menyedarkan dikau
Bahawa tidak mustahil untuk mencintai dan dicintai?
Hati mengapa menolak takdir?
Mengapa menepis kasih yang dihulurkan?
Mengapa masih berkeras?
Adakah kerna lukamu tidak mampu diubati?
Hati...sudah sampai masanya
Kau kembali segar...
Dengan cinta baru...
Dengan janji baru...
Dengan lafaz baru...
Wahai hati...lembutkanlah dirimu
Andai Kebahagiaan Adalah Idamanmu ~
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.. permudahkanlah jalan jodohku..
agar aku tidak salah membuat pilihan... tidak salah membuat percaturan kehidupan ~
Tetapkanlah Iman disamping Dia
Saturday, June 30, 2012
Tuesday, June 26, 2012
~Bersediakah Anda Menjadi Suami~
Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.
01.KEPIMPINAN
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.
Allah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.” – [al-Nisa' 4:34]
Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas.
Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.
Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin.
Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.
Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.
02.KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.
Allah mengingatkan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – [al-Taghabun 64:14]
Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.
03.PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” – [al-Tahrim 66:06]
Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.
Allah memberi amaran:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” – [al-Saff 61:2-3]
04.MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Allah berfirman:
“Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” – [al-Thalaq 65:07]
Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.
Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.
Ceritera Kehidupan
Hari ni 27 June 2012... ye da hampir 4 bulan hubungan kita renggang kerana sebuah perhubungan yang terjalin tapi tidak kesampaian.. Aku keliru shabat.. dengan huluran kasihmu tapi kau jualah yang mematahkan sayap yang mula bercambah dihati ni.
Maafkan aku jika aku melukakan hatimu dengan kata-katakukerana aku tak mampu untuk menjadi seorang teman yang sempurna buatmu.
Ya, aku khilaf dengan cinta manusia dan seringkali jua alpa dengan cinta ILahi..namun, apakan daya seorang insan yang belum mampu berdiri diatas kakinya sendiri.Sungguh dalam hati ini masih terselit sebuah erti kerinduan buatmu, namun ku cuba untuk mengusir haluan ini dari hatiku kerana kau yang tidak menginginkan semua ini bercambah dengan mekar.
Apakan daya seorang perempuan seperti aku untuk memiliki sebuah kemanisan erti perhubungan. ya mungkin dalam usia 21 tahun ini pemikiran aku tidak seperti gadis yang sebaya denganku,kau juga tahu semua itu kekurangan mutlak yang aku miliki, namun mengapa masih lagi kau menyalahkan diri yang kerdil ini?
tidakkah kau mengerti nahwa perhungan itu perlukan berbagai elemn yang tak mungkin hanya aku yang perlu merubah.. sedangkan ada pepataha melentur buluh biarlah dari rebungnya. aku menjadi rebungnya, dan memerlukan masa untuk ilenturkan. tidakkah kau boleh bersbar denganku wahai sahabat? keranan cinta itu bukan sahaja dengan lafaz i love u, aku cinta padamu..tapi cinta memerlukan sebuah pengorbanan,pendidikan, kasih syang, kepercayaan dan pelbagai lagi.
mungkin kepercayaan itu sukar untuk kau dapatkan daripada aku,kerana aku insan yang terluka hanya mampu mengukir senyum di kala hat merintih kesedihan.. apakah kau mengerti?aku hanya mampu mengungkap kata maaf buatmu sahabat.. kaulah teman dan kaulah sahabatku dunia dan akhirat.. insyaAllah ~

Thursday, June 7, 2012
secebis sinar part 2
Fardiya masih teragak-agak untuk mengangkat telefon bimbitnya..lalu dibiarkan sahaja deringan telefon itu mati sendirinya. Dalam mindanya masih mencongak-congak siapakah gerangannya yang menghubungi. Masih tergiang-giang ditelinganya lafaz janji yang pernah diluahkan oleh seorang lelaki yang pernah menjadi kecintaannya satu ketika dulu.
"Diya, Abang janji abang tak kan tinggalkan. Dia seorang je yang abang cinta. Tanpa Diya bagaimana abang dapat meneruskan hidup ini. " luah Farid pada satu petang ketika mereka keluar bersama.
Farid seorang lelaki yang berperwatakan sederhana,tidaklah terlalu tampan, tapi manisnya mampu meruntunkan jiwa anak gadis. Lelaki yang dikenali hampir setahun itu pada pandangannnya amat sempurna kerana tingkah lakunya yang lembut . Boleh dikatakan pijak semut pun tidak mati. Namun semua itu hanya terzahir di pandangan mata, di belakang Faradiya, dia berhubungan dengan ramai gadis dan itulah punca keretakan hubungan mereka sehinggalah suatu hari Faradiya menemukan beberapa keping gambar gadis tanpa pakaian dalam telefon bimbit milik Farid. Betapa hancurnya hati Faradiya yang mengharapkan Farid menjadi teman hidupnya.
Faradiya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Sudah lama dia mengelamun rupanya. Dalam hatinya tetap mampu mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih menyayanginya dengan menunjukkan sikap Farid yang sebenar. Dan kerana kejadian itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali kepada penciptaNya. Rasanya inilah cinta yang paling agung. Sejak dia mendekatkan diri dengan kekasihNya yang satu itu jiwanya merasa damai. tidak lagi kelam seperti suatu masa dahulu.
Faradiya akhirnya mengambil keputusan untuk menghubungi semula nombor yang tertera di kaca telefonnya itu. Lama juga dia menanti dengan penuh debaran, akhirnya suara wanita berusia dalam lingkungan 30-an kedengaran.
"Assalamualaikum,Faradiya. Khaifahaluki ,antum?" sapa suara di talian.
"Waalaikummussalam, alhamdulillah, ana bil'khair..man anti", jawab Faradiya , acuh tidak acuh..
"Alahai Fara, ni akak lah, ingat lagi tak kak husna?", sungguh lembut suara gadis itu kedengaran di gegendang Faradiya.
" Oh, kak husna.. Ada apa akak? mana akak dapat nombor telefon Fara? sebab seingat Fara tak ada sesiapa yang ada nombor baru Fara ni kak.." soal Faradiya bertalu-talu, mungkin agak kurang senang di pendengaran husna.
" Begini Fara. Akak nak sampaikan hajat seorang mujahid yang ingin berkenalan dengan Fara. Kalau Fara tidak keberatan, akak akan aturkan perjumpaan dengan dia." luah husna.
" Maafkan Fara akak, bukan Fara tidak sudi, tapi Fara belum bersedia. Luka dihati Fara belum lagi terubat,", lemah sahaja jawapan yang diberikan oleh Fara kepada husna.
" Tapi sayang, apa salahnya mencuba. Dia juga minta laksana taaruf, andai kedua-dua belah pihak bersetuju, kita boleh teruskan.", Husna masih cuba memujuk. Terluka sangatkah hati Faradiya sehingga terlalu sukar untuk dia menyetujuinya. Pening memikirkan gelagat anak buah usrahnya itu. Mahu saja dia memuji mujahid itu dihadapan Faradiya, namun, tidak pula dia ingin berbuat begitu takut andainya Faradiya salah faham.
" Begini sahajalah kak, bagi masa untuk Fara fikirkan . Fara akan balik berbincang dengan keluarga. Fara tidak mahu tergesa-gesa dalam hal ni. Fara tidak mahu mengecewakan sesiapa. Andai dia jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk Fara, secara tidak langsung, rasa cinta itu akan tumbuh sendiri dalam hati ni kak." luah Faradiya akhirnya. Jawapan Faradiya itu mampu mengukirkan sebuah senyuman di bibir Husna.
"Baiklah Fara. Akak harap Fara tidak berubah fikiran. Akak akan tunggu panggilan atau sms dari Fara, Assalamualaikum", Fara menamatkan perbualan.
"Insyaallah kak, andai istikharah Fara menemukan jalanNya, Fara akan beritahu akak,Waalaikummussalam. "ringkas sahaja jawapan Faradiya.
Malam itu, hati Faradiya tidak tenteram. Sudah beberapa kali cuba dipejamkan matanya namun masih gagal. Panggilan telefon tadi sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Lantas dia ke bilik air, lalu berwudhu. Lega hatinya setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat. Dalam fikiran menerawang akhirnya dia tertidur di atas sejadah.
bersambung.....................................
"Diya, Abang janji abang tak kan tinggalkan. Dia seorang je yang abang cinta. Tanpa Diya bagaimana abang dapat meneruskan hidup ini. " luah Farid pada satu petang ketika mereka keluar bersama.
Farid seorang lelaki yang berperwatakan sederhana,tidaklah terlalu tampan, tapi manisnya mampu meruntunkan jiwa anak gadis. Lelaki yang dikenali hampir setahun itu pada pandangannnya amat sempurna kerana tingkah lakunya yang lembut . Boleh dikatakan pijak semut pun tidak mati. Namun semua itu hanya terzahir di pandangan mata, di belakang Faradiya, dia berhubungan dengan ramai gadis dan itulah punca keretakan hubungan mereka sehinggalah suatu hari Faradiya menemukan beberapa keping gambar gadis tanpa pakaian dalam telefon bimbit milik Farid. Betapa hancurnya hati Faradiya yang mengharapkan Farid menjadi teman hidupnya.
Faradiya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Sudah lama dia mengelamun rupanya. Dalam hatinya tetap mampu mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih menyayanginya dengan menunjukkan sikap Farid yang sebenar. Dan kerana kejadian itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali kepada penciptaNya. Rasanya inilah cinta yang paling agung. Sejak dia mendekatkan diri dengan kekasihNya yang satu itu jiwanya merasa damai. tidak lagi kelam seperti suatu masa dahulu.
Faradiya akhirnya mengambil keputusan untuk menghubungi semula nombor yang tertera di kaca telefonnya itu. Lama juga dia menanti dengan penuh debaran, akhirnya suara wanita berusia dalam lingkungan 30-an kedengaran.
"Assalamualaikum,Faradiya. Khaifahaluki ,antum?" sapa suara di talian.
"Waalaikummussalam, alhamdulillah, ana bil'khair..man anti", jawab Faradiya , acuh tidak acuh..
"Alahai Fara, ni akak lah, ingat lagi tak kak husna?", sungguh lembut suara gadis itu kedengaran di gegendang Faradiya.
" Oh, kak husna.. Ada apa akak? mana akak dapat nombor telefon Fara? sebab seingat Fara tak ada sesiapa yang ada nombor baru Fara ni kak.." soal Faradiya bertalu-talu, mungkin agak kurang senang di pendengaran husna.
" Begini Fara. Akak nak sampaikan hajat seorang mujahid yang ingin berkenalan dengan Fara. Kalau Fara tidak keberatan, akak akan aturkan perjumpaan dengan dia." luah husna.
" Maafkan Fara akak, bukan Fara tidak sudi, tapi Fara belum bersedia. Luka dihati Fara belum lagi terubat,", lemah sahaja jawapan yang diberikan oleh Fara kepada husna.
" Tapi sayang, apa salahnya mencuba. Dia juga minta laksana
" Begini sahajalah kak, bagi masa untuk Fara fikirkan . Fara akan balik berbincang dengan keluarga. Fara tidak mahu tergesa-gesa dalam hal ni. Fara tidak mahu mengecewakan sesiapa. Andai dia jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk Fara, secara tidak langsung, rasa cinta itu akan tumbuh sendiri dalam hati ni kak." luah Faradiya akhirnya. Jawapan Faradiya itu mampu mengukirkan sebuah senyuman di bibir Husna.
"Baiklah Fara. Akak harap Fara tidak berubah fikiran. Akak akan tunggu panggilan atau sms dari Fara, Assalamualaikum", Fara menamatkan perbualan.
"Insyaallah kak, andai istikharah Fara menemukan jalanNya, Fara akan beritahu akak,Waalaikummussalam. "ringkas sahaja jawapan Faradiya.
Malam itu, hati Faradiya tidak tenteram. Sudah beberapa kali cuba dipejamkan matanya namun masih gagal. Panggilan telefon tadi sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Lantas dia ke bilik air, lalu berwudhu. Lega hatinya setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat. Dalam fikiran menerawang akhirnya dia tertidur di atas sejadah.
bersambung.....................................
Wednesday, May 23, 2012
Institusi Kekeluargaan
Assalamualaikum w.b.t
Akhir-akhir ini, sejak berusia 21 tahun ni, aku kerap memikirkan tentang alam perkahwinan. Bukan sebab aku dah gatal nak kahwin (nikah) tapi ketakutan mula melanda diri dek kerana melihatkan rumah tangga rakan-rakan yang kebanyakannya runtuh. Aku sebenarnya tidak pasti kenapa hal sebegini perlu berlaku.Adakah faktor berkahwin pada usia yang terlalu muda ataupun kurangnya ilmu alam perkahwinan yang terdapat pada remaja masa kini. Masa Bercinta semuanya indah,ibaratkan tiada kekurangan dalam diri masing-masing.
Patutlah orang berkata,zaman bercinta ni tak sama dengan berumah tangga. Makin hari aku mula menganilis punca keretakan rumah tangga. Faktor yang mungkin menjadi keretakan rumah tangga adalah kurangnya pengatahuan mengenai alam perkahwinan. Ada yang beranggapan bahawa perkahwinan adalah menghalalkan apa yang haram contohnya seks. Ya, Ianya benar dan tidak salah ,Namun adakah perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata? Adakah perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu dan bukan berlandaskan mencari ketenangan di dalam sebuah mahligai?
Pada pendapat aku, perkahwinan bukan setakat itu, malahan lebih kerana melalui perkahwinanlah kita dapat membina pembentukan ummah yang berjaya. Dari institusi keluarga yang bahagia akan melahirkan insan yang produktif dan proaktif. Disinilah bermulanya sebuah didikan. Pada aku, perkahwinan merupakan satu ilmu yang memerlukan pelajaran yang banyak. disini akan bermulanya pembelajaran mengenai kasih sayang, ketaatan, kesetiaan,kejujuran, dan didikan bekeluarga.
Aku percaya melalui perkahwinan , ibadah kepada Allah akan kian bertambah kerana kita akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam melayari sebuah kehidupan. Dalam usia 21 tahun, aku mula mencari erti menjadi seorang isteri dan bakal mencari sebuah erti menjadi ibu. Aku tahu bukan mudah untuk menggapai tahap keluarga bahagia. bahagia bukan terletak pada nilaian harta tapi kebijaksaan ketua keluarga membentuk keluarganya sama ada berasaskan islam atau tidak. Sebaiknya keluarga yang dibina berlandaskan agama dan dibajai dengan kasih sayang.
Islam menggariskan panduan dalam mencari jodoh dan ditegaskan mencari yang beragama supaya hidupnya supaya kebahagiaan akan dapat dikecapi. Hal ini kerana seseorang yang beragama akan mensyukuri nikmat kehidupan yang dilaluinya walaupun susah. Ini keranarupa dan harta tidak akan kekal lama. Carilah yang berilmu supaya dapat mendidik anak-anak dengan baik.
Segalanya bermula dari niat. jika baik niat kita, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan olehNya.
"Innamal a'malubinniat" dan sesungguhnya Allah itu lebih tahu niat kita dari orang lain kerana perasaan yang hadir adalah sentuhan dari Allah yang bermula dari hati.
Apa pun yang kurangnya datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah...
Jazka'Allah khair ~
"berusaha membetulkan diri,kerana tiada yang sempurna di muka Bumi"
Akhir-akhir ini, sejak berusia 21 tahun ni, aku kerap memikirkan tentang alam perkahwinan. Bukan sebab aku dah gatal nak kahwin (nikah) tapi ketakutan mula melanda diri dek kerana melihatkan rumah tangga rakan-rakan yang kebanyakannya runtuh. Aku sebenarnya tidak pasti kenapa hal sebegini perlu berlaku.Adakah faktor berkahwin pada usia yang terlalu muda ataupun kurangnya ilmu alam perkahwinan yang terdapat pada remaja masa kini. Masa Bercinta semuanya indah,ibaratkan tiada kekurangan dalam diri masing-masing.
Patutlah orang berkata,zaman bercinta ni tak sama dengan berumah tangga. Makin hari aku mula menganilis punca keretakan rumah tangga. Faktor yang mungkin menjadi keretakan rumah tangga adalah kurangnya pengatahuan mengenai alam perkahwinan. Ada yang beranggapan bahawa perkahwinan adalah menghalalkan apa yang haram contohnya seks. Ya, Ianya benar dan tidak salah ,Namun adakah perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata? Adakah perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu dan bukan berlandaskan mencari ketenangan di dalam sebuah mahligai?
Pada pendapat aku, perkahwinan bukan setakat itu, malahan lebih kerana melalui perkahwinanlah kita dapat membina pembentukan ummah yang berjaya. Dari institusi keluarga yang bahagia akan melahirkan insan yang produktif dan proaktif. Disinilah bermulanya sebuah didikan. Pada aku, perkahwinan merupakan satu ilmu yang memerlukan pelajaran yang banyak. disini akan bermulanya pembelajaran mengenai kasih sayang, ketaatan, kesetiaan,kejujuran, dan didikan bekeluarga.
Aku percaya melalui perkahwinan , ibadah kepada Allah akan kian bertambah kerana kita akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam melayari sebuah kehidupan. Dalam usia 21 tahun, aku mula mencari erti menjadi seorang isteri dan bakal mencari sebuah erti menjadi ibu. Aku tahu bukan mudah untuk menggapai tahap keluarga bahagia. bahagia bukan terletak pada nilaian harta tapi kebijaksaan ketua keluarga membentuk keluarganya sama ada berasaskan islam atau tidak. Sebaiknya keluarga yang dibina berlandaskan agama dan dibajai dengan kasih sayang.
Islam menggariskan panduan dalam mencari jodoh dan ditegaskan mencari yang beragama supaya hidupnya supaya kebahagiaan akan dapat dikecapi. Hal ini kerana seseorang yang beragama akan mensyukuri nikmat kehidupan yang dilaluinya walaupun susah. Ini kerana
Segalanya bermula dari niat. jika baik niat kita, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan olehNya.
"Innamal a'malubinniat" dan sesungguhnya Allah itu lebih tahu niat kita dari orang lain kerana perasaan yang hadir adalah sentuhan dari Allah yang bermula dari hati.
Apa pun yang kurangnya datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah...
Jazka'Allah khair ~
"berusaha membetulkan diri,kerana tiada yang sempurna di muka Bumi"
Monday, April 2, 2012
== Cinta terindah ==
Assalamualaikum wbt.
Korang semua ape khabar?? mesti adew yg shat n yg xberapa shat..contohnya macam aku... Actually, aku tak tahu ape punca aku demam ni..."demam rindu" wah anehnya rasa... rindu dekat sape kalau na rindu tu??
semua tu fikiran aku belum tentu dapat jawab, cuma perasaan sedikit merapu...
Kerja yang bertimbun membuatkan tekanan jiwa perasaan yang teramat sangat sejak akhir-akhir ni..kadang-kala mood aku terlampau elok, dan kadangkala..macam halilintar yang memecah bumi...ops..metafora yang terlampau di situ...okey,,! pengalaman presentation final projek yang ntah pape wat kan aku agak kecewa sjak akhir-akhir ni..pape pon aku ucapkan tahniah kat diri aku sendiri n kwn2 yg da berusaha bertungkus lumus siapkan final projek tu. At least usaha sndiri walaupun xdpat na masuk sampai inovasi yg sistem grand2 tu... at least kepuasan tu adew... bleyh la jgak bgge walaupon xbrape jdi... At least function coding tu aq taw..haha..bukan na band sape2,, tp aku merasakan ketidak adilan,, kerana ramai yg terpakse repeat semester walaupun usaha sendiri tp orang lain amek kesempatan... Fikir-fikirkanla...
macam-macam ragam manusia ni da aku jumpa..gara-gara final projek..yang selfish, yang bermusuhan... time ni la bru nampk erti setiakawan n erti persahabatan sebenar..masing-masing mula mempamerkan diri sendiri... semua orang banyak kerja n tekanan yang melampau... termasuklah aku... aku pon bukan seorang kawan yang "baik" sesungguhnya aku pon manusia yang lemah..banyak sgt2 wat salah... n pengalaman tu mengajar utk matang.. pada yang bergelar sahabat...renungkanlah saat2 kita bersama dulu, saat2 suka duka bersama...kenapa hanya kerana final projek sanggup malukan kawan sendiri, selfish hinggakan tiada keperikemanusiaan... mana letaknya etika persabatanmetika professionalisma..?? tidakkah ingat kawan tu jgakla yang da byk menolongmu??
pengalaman yang terukir di semester 6, mengajar erti hidup... mengajar erti persaingan ... semua ni adalah pengalaman hidup yang terindah... ye,, satu jek keinginan aku... menghabiskan sisa-sisa terakhir berada di bumi PSMZA ni dgn indah...saat2 manis bersama-sama kawan2 kerana jalan kita belum tentu sama sahabat... liku-liku yang kita harungi juga belum tentu serupa... pasti jalan kita berbeza... ya... hari ini 4 April 2012...cuba hitungkan detik kita bersama sudah tidak smpai sebulan..n kita akan membawa haluan masing-masing....
Ukhwah yang makin lama makin renggang membuatkan hati aku sedih sebenarnya... adakah faktor kesibukan kita, ataukah ego kita yang tidak mampu utk mengungkapkan satu perkataan maaf itu? ego sgtkah hati n perasaan kita ini sahabat??

sungguh aku rindu
Thursday, March 8, 2012
Monolog Cinta Buat Suamiku (Part 6)!!
Suamiku, Aroma hatiku ~
Aku ingin sekali dirimu sentiasa berbau harum tatkala aku mendekatimu...kerana akan terbit rasa tenang dihatiku kerana aku dapat menjaga kebersihan dirimu wahai pujaanku..kerana aku juga akan menjaga kebersihanku untukmu..
Aku ingin menjadi isteri terbaik buatmu wahai suamiku..kerana Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata
"Isteri yang terhebat adalah yang baik dan yang wangi tubuhnya,lazat masakannya.Juga apabila engkau berikan nafkah kepadanya maka dia akan membelanjakan dengan berhemat dan bila engkau tidak memberinya apa-apa, maka dia tidak pula meminta-minta.Isteri seperti itulah yang termasuk pesuruh Allah dan ia tidak akan hilang musnah."
Sungguh aku ingin menjadi penghibur terbaik buatmu.Daripada diriku aku harapkan ketenteraman dan kebahagiaan dan kedamaian batin yang NABI SAW janjikan untukmu:
"Dunia ini adalah kebahagiaan dan kebahagian terbaik adalah isteri solehah"
(Riwayat Muslin,al-Nasai & Ibn Majah)
Dan aku akan sentiasa mengingati seorang wanita itu masih tidak dapat dianggap wanita qurratil 'ain selagi mana dia sendiri bukan seorang yang tenang dan tidak menenangkan orang lain.
kerana itu,al-faqih Ibn Abdi Rabbihi al-Andalusi pernah berkata:
"Bencana besar tertimpa seluruhnya kepada isteri ialah mempunyai dua keburukan; buruk wajahnya dan burukfi'ilnya, dimana hati tidak menjadi damai saat berdampingan dan merpergaulinya serta tidak sedap dipandang mata."
Justeru itu, aku akan bahagiakan kamu dengan perilakuku dan gurau sendaku sehingga kamu rasa tidak mahu berpisah atau mengharapkan orang lain untuk mendapat perkara sebegitu.
Aku ingin sekali dirimu sentiasa berbau harum tatkala aku mendekatimu...kerana akan terbit rasa tenang dihatiku kerana aku dapat menjaga kebersihan dirimu wahai pujaanku..kerana aku juga akan menjaga kebersihanku untukmu..
Aku ingin menjadi isteri terbaik buatmu wahai suamiku..kerana Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata
"Isteri yang terhebat adalah yang baik dan yang wangi tubuhnya,lazat masakannya.Juga apabila engkau berikan nafkah kepadanya maka dia akan membelanjakan dengan berhemat dan bila engkau tidak memberinya apa-apa, maka dia tidak pula meminta-minta.Isteri seperti itulah yang termasuk pesuruh Allah dan ia tidak akan hilang musnah."
Sungguh aku ingin menjadi penghibur terbaik buatmu.Daripada diriku aku harapkan ketenteraman dan kebahagiaan dan kedamaian batin yang NABI SAW janjikan untukmu:
"Dunia ini adalah kebahagiaan dan kebahagian terbaik adalah isteri solehah"
(Riwayat Muslin,al-Nasai & Ibn Majah)
Dan aku akan sentiasa mengingati seorang wanita itu masih tidak dapat dianggap wanita qurratil 'ain selagi mana dia sendiri bukan seorang yang tenang dan tidak menenangkan orang lain.
kerana itu,al-faqih Ibn Abdi Rabbihi al-Andalusi pernah berkata:
"Bencana besar tertimpa seluruhnya kepada isteri ialah mempunyai dua keburukan; buruk wajahnya dan buruk
Justeru itu, aku akan bahagiakan kamu dengan perilakuku dan gurau sendaku sehingga kamu rasa tidak mahu berpisah atau mengharapkan orang lain untuk mendapat perkara sebegitu.
Isteri solehah isteri yang mendamaikan
Aku juga akan perdengarkan ucapan atau kalam yang indah dan terbaik untukmu lantaran ia boleh mempengaruhi hati dan jiwamu, apatah lagi ia salah sati daripada cabang-cabang sedekah.
"Apabila kamu biasa menuturkan ucapan-ucapan yang indah maka anak-anak akan terbiasa juga dengan kalimah-kalimah yang baik sehingga hal itu akan tersebar kepada semua manusia yang ditemui."
Oleh kerana itu, dunia yang kita sedang dalami ini akan terasa begitu indah meski beban dan lelah kehidupan yang kita tanggung hanyalah Allah SWT sahaja yang tahu.
p/s: fi'il means perbuatan,@ kelakuan
Subscribe to:
Posts (Atom)